SIFAT lemah lembut dan sopan sudah sinonim dengan penampilan kaum hawa, namun itu tidak menggambarkan seseorang wanita itu tidak berupaya melakukan aktiviti lasak.

Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, pelakon sedang meningkat naik, Emma Maembong masih sempat mengikuti sebuah program lasak, Remaja Ekstrim.

"Semasa mengikuti program itu, saya dikehendaki menyelam di dasar laut. Secara jujurnya saya memang jarang buat aktiviti seperti ini tapi saya anggap ianya sebagai satu cabaran baru.

"Memang mula-mula perasaan gugup ada, tapi selepas diberi tunjuk ajar dengan teknik-teknik yang betul, saya beranikan diri untuk lakukannya. Syukur semuanya dapat berjalan dengan baik," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERJALANAN figura ini dalam industri bukan berlangsung mudah.
  • JANGAN simpan perasaan benci terhadap orang kerana lambat-laun boleh membibitkan perasaan sayang dan cinta.
  • BIARPUN tidak pernah mengiakan atau memberi kenyataan sahih mengenai keakraban yang terjalin, namun hubungan mesra antara aktor, Kamal Adli dan Emma Maembong bukan rahsia lagi.
  • SEJAK memasuki dunia hiburan, kisah selebriti pastinya tidak lekang daripada menjadi bualan ramai sama ada dilempar dengan cerita positif atau negatif.
  • SUDAH pun bersiaran sebanyak lapan episod di saluran 116 HyppSensasi bermula 29 Julai lalu, drama Jodoh Sebelah Pintu memberikan keunikan dan kelainan tersendiri.