KUANTAN - Sebuah treler yang dipercayai membawa muatan bauksit terbakar di Jalan Semambu berhampiran kawasan perindustrian, Semambu, pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Indera Mahkota, Penguasa Bomba Kanan II, Zulkefli Wan Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 11.19 pagi berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, seramai tujuh anggota telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran tersebut.

“Bila sampai, kita dapati kebakaran berlaku membabitkan kepala treler dan ia musnah secara keseluruhan.

“Namun pihak kita berjaya padam kebakaran terbabit dalam 45 minit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana pada ketika itu pemandu tidak berada dalam kenderaan berat terbabit.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Kerajaan negeri perlu berani bertindak secara telus dan muktamad, sama ada aktiviti bauksit perlu diberhentikan atau diteruskan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.