ROMPIN - Polis menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah dadah jenis heroin dan syabu dalam satu pemeriksaan yang dijalankan di tepi Pantai Kuala Pontian, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, suspek berusia 37 tahun, ketika itu sedang menaiki sebuah motosikal sebelum diarahkan berhenti oleh sepasukan anggota polis yang diketuai oleh Insp Mohd Azrul Nizam Zainudin bagi tujuan pemeriksaan.

"Suspek telah bertindak melarikan diri dengan memecut motosikal hingga terjatuh atas pasir pantai sebelum berlari ke arah hutan berhampiran di tepi pantai berkenaan.

Dia bagaimanapun berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan dan semasa pemeriksaan badan dilakukan tiada ada barang salah yang ditemui,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas beg pinggang milik suspek di sebelah motosikal yang terjatuh itu, polis berjaya menemui dua bungkusan dadah yang mengandungi heroin seberat 31.29 gram dan syabu seberat 6.2 gram yang kesemuanya dianggar bernilai RM2,000.

Katanya, selain itu polis turut merampas wang tunai pelbagai wang kertas berjumlah RM1,011 dan siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan bahan terlarang itu diperoleh daripada seorang lelaki digelar 'Panjang' di Endau, Johor untuk diedarkan kepada pelanggan sekitar kawasan.

"Suspek yang disahkan positif dadah turut mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Azli berkata, suspek ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki dipercayai geng pecah rumah, samun dan curi motosikal ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Manis, Perai dekat sini semalam.
  • KOTA KINABALU - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah menahan 82 individu dalam Operasi Sarang Khas hari ini kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
  • KOTA KINABALU - Polis percaya kumpulan lelaki bersenjata, yang menyerang sebuah bot nelayan di Segama, Kinabatangan baru-baru ini, bukan anggota kumpulan militan.
  • IPOH - Dua lelaki, seorang daripadanya remaja berusia 18 tahun ditahan bersama 100 bungkusan air ketum dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Raia Mesra, Simpang Pulai, semalam.
  • MIRI - Seorang majikan bersama 31 warga asing, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, adalah antara yang ditahan di dua lokasi berasingan dalam operasi bersepadu semalam.