KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan memberikan perkhidmatan terbaik bagi memastikan keselesaan penduduk di daerah ini.

Yang Dipertua MPK, Datuk Fadzilla Salleh berkata, ia termasuk sentiasa memastikan kebersihan bandar ini sama ada di kawasan perumahan dan industri besar mahupun kecil.

“Kita sebolehnya mahu kawasan persekitaran bandar dalam keadaan bersih. Justeru saya minta agar pengusaha pengusaha bengkel perlu menjaga kebersihan kawasan masing-masing supaya sentiasa bersih dan selesa.

“Penduduk juga perlu ada kesedaran kerana ini penting bagi memastikan bandar ini bebas dari sebarang kekotoran,” katanya ketika berucap pada majlis Gotong-Royong Perdana MPK yang diadakan di kawasan bengkel SKB, Batu 5 Jalan Gambang, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir pada program tersebut, Ahli Parlimen Kuantan, Datuk Abdul Manan Ismail dan kira-kira 15 penduduk dan pelbagai agensi terlibat dalam program berkenaan.

Menurutnya, penduduk di sesuatu penempatan juga disaran mengambil inisiatif untuk bersama-sama menjaga kebersihan kawasan bengkel dan termasuk kejiranan mereka.

Jelasnya, penularan wabak penyakit seperti denggi dapat diatasi sekiranya penduduk mempunyai kesedaran mengekalkan kebersihan sekitar di kawasan bengkel dan  kediaman masing-masing.

Menurutnya, atas kesedaran berkenaan, pihaknya dengan kerjasama Parlimen Paya Besar, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Kesihatan Kuantan, Alam Flora Sdn Bhd dan Persatuan Pengusaha Bengkel Skim Kilang Bimbingan (SKB) serta penduduk sekitar mengadakan program Gotong-Royong Perdana bagi memastikan persekitaran di kawasan tersebut bersih.

“Kita akan selesaikan masalah longkang tersumbat dan sampah sarap serta sisa industri yang mencemarkan pandangan di kawasan ini yang terletak berhampiran jalan utama.

“Bila semua itu dapat dibersihkan, masalah denggi yang menjadi ancaman besar kepada masyarakat dapat diselesaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Fadilla berkata, gotong-royong ini juga secara tidak langsung dapat membaik pulih kawasan bengkel terbabit dan sekali gus memberikan keselesaan.

“MPK sentiasa beri kerjasama dan turun padang sekiranya ada pihak yang mahu melaksanakan gotong-royong bersama dengan agensinya.

“Kita amat mengalu-alukan segala bentuk perancangan dan program yang beri manfaat kepada semua pihak,” katanya.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Semua pihak perlu terus istiqamah dalam gerak kerja masing-masing dalam usaha mengekalkan status bandaraya Ipoh sebagai bandaraya terbersih di negara ini.
  • PULAU TIOMAN - Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) akan melaksanakan pembersihan secara berterusan di Pulau Tulai, di sini, supaya sentiasa bersih dan cantik untuk keselesaan pelancong.
  • KUANTAN - Unit Tindakan Khas Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) giat menjalankan kerja pembersihan kawasan terjejas akibat banjir sejak bermulanya musim tengkujuh, November lalu.
  • JERANTUT - Paras air sungai Tembeling yang semakin cetek akibat cuaca panas menyebabkan laluan air ke Hulu Tembeling bertambah sukar selain turut merosakkan kipas dan enjin bot kerana terlanggar batu di dasar sungai cetek.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.