MARAN - Seramai sembilan buah keluarga  dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Orang Asli Batu 55 dekat Pekan Tajau di sini, akibat banjir kilat awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Arshad Abdullah berkata, banjir kilat itu mengakibatkan 41 warga penduduk terjejas dan hampir terputus hubungan jalan dengan kampung berhampiran.

"Kejadian berlaku di kampung Orang Asli Batu 55 Jalan Temerloh Maran dekat Pekan Tajau di sini, Kira-kira jam 7.09 pagi.

"Jentera bomba dengan kekuatan lima anggota dari Balai Bomba Maran bergegas ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 15 minit kemudian.

"Pihak bomba telah memantau banjir kilat di alamat tersebut dan semua mangsa selamat dipindahkan ke pusat pemindahan iaitu di balai raya kampung tersebut. Trend air dilihat semakin menurun menjelang tengahari," katanya.

Beliau mengesahkan operasi dalam keadaan terkawal dan pihak Bomba Maran berada di lokasi untuk pemantauan berterusan.
 

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA NERUS - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Malaysia sedia sepenuhnya bagi menghadapi musim monsun timur laut yang dijangka bermula pertengahan November ini dan kemungkinan air pasang besar dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun ini.
  • TELUK INTAN - Lebih 10 kediaman di Kampung Cicely, Batu 3 1/2 Jalan Changkat Jong, dimasuki air ekoran hujan lebat malam kelmarin dan diikuti fenomena air pasang besar awal pagi tadi.
  • GEORGETOWN - Kerajaan negeri pimpinan DAP tidak boleh menyalahkan cuaca setiap kali berlaku banjir, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
  • GEORGETOWN - Setiap keluarga mangsa banjir di negeri ini yang berlaku minggu lepas akan menerima RM400, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
  • ALOR SETAR - Sebuah pusat pemindahan di Dewan Cenderawasih, Pendang yang menempatkan 17 mangsa banjir kilat daripada lima keluarga ditutup sepenuhnya 2 petang ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.