KUANTAN -  Seramai 13 orang daripada enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Masjid Kampung Kuala Semantan, Raub, apabila kediaman mereka dilanda banjir awal hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Pahang, Zainal Yusoff berkata, operasi memindahkan mangsa bermula seawal jam 2.30 pagi tadi selepas kawasan itu mula dinaiki air berikutan hujan lebat sejak malam semalam.

"Sehingga jam 4 petang ini, semua mangsa terdiri daripada enam lelaki dan tujuh perempuan masih berada di pusat pemindahan kerana air masih belum surut sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUKAH - Kira-kira 1,350 penghuni rumah panjang dan penduduk kampung di kawasan Tanjung Pedada, Sungai Mukah, 27 kilometer dari sini terjejas hubungan darat apabila sebahagian jalan utama menghubungi kawasan itu ditenggelami banjir.
  • MERSING - Banjir di daerah ini pulih sepenuhnya apabila kesemua pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka sejak Khamis lalu ditutup dan mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, jam 6 petang tadi.
  • JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah negeri ini turun mendadak kepada 289 orang daripada 68 keluarga setakat 3 petang ini berikutan penutupan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
  • MIRI - Seramai 223 murid dari tiga sekolah rendah di Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan pada pagi ini setelah banjir melanda berikutan hujan lebat sejak semalam.
  • JOHOR BAHRU - Angka mangsa banjir yang masih berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) negeri ini menurun sedikit pada pagi ini iaitu daripada 1,361 orang pada malam tadi kepada 1,360.