SEREMBAN - Indeks jenayah negeri ini mencatatkan penurunan sebanyak 11.15 peratus sepanjang tahun lalu, berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, sebanyak 3,970 kes telah direkodkan sepanjang tahun lalu berbanding 4468 kes pada tahun 2016, sekaligus mencatatkan penurunan sebanyak 498 kes.

“Sasaran petunjuk pretasi utama (KPI) sebanyak lima peratus yang telah ditetapkan sebelum ini bagi penurunan jenayah indeks telah berjaya kita capai dengan 11.15 peratus iaitu melebihi daripada sasaran.

“Bagi indeks jenayah kekerasan pula, ia turut mencatatkan penurunan sebanyak 18.58 peratus iaitu daripada 1,082 kes pada tahun 2016 kepada 881 kes pada tahun lalu.

“Begitu juga bagi indeks jenayah harta benda yang mencatatkan penurunan daripada 3386 kes pada 2016 kepada 3089 kes pada tahun lepas dengan penurunan sebanyak 297 kes atau 8.77 peratus,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Nor Azman Muhamad Yusof.

Katanya, selain itu, sebanyak 2,372 kes berjaya diselesaikan daripada 3,970 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu dimana melebihi sasaran 45 peratus.

“Manakala, bagi kadar pertuduhan kes, secara keseluruhannya telah mencapai 38.60 peratus yang merangkumi kes indeks dengan pencapaian sebanyak 18.80 peratus dan non-indeks sebanyak 61.60 peratus,” katanya.

Sementara itu, Noor Azam berkata, sepanjang tahun lalu, seramai 54 orang telah berjaya ditangkap di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan telah melebihi sasaran yang ditetapkan.

“Daripada jumlah itu, seramai 10 orang telah diambil tindakan tahanan, 31 orang telah dikenakan perintah sekatan dan 11 orang telah bebas.

Dalam masa sama, beliau turut mengesahkan semua bekas pusat hiburan keluarga yang sebelum ini terlibat dalam menjalankan kegiatan judi dalam talian tidak beroperasi lagi hasil usaha pembasmian judi yang dilakukan dinegeri ini.

“Begitu juga judi loteri awam tanpa lesen telah dapat dikawal hasil serbuan yang dilakukan secara berterusan di premis jualan.

“Dalam pada itu, tindakan saman turut telah diambil terhadap 102 premis urut dalam usaha pihak polis membasmi pelancuran dan pemerdagangan manusia. Sebanyak 10 hotel bajet yang menjadi pusat pelacuran telah memberhentikan kegiatan hasil serbuan dijalankan.

“Manakala sebanyak 23 kes tangkapan terhadap sindiket mengekplotasi wanita telah diambil tindakan di bawah Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • YAN - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan berjaya menyelesaikan beberapa kes jenayah membabitkan harta awam susulan beberapa siri tangkapan dan serbuan dijalankan di daerah ini sejak bulan Disember tahun lalu hingga awal bulan Februari tahun ini.
  • MELAKA - Kadar jenayah indeks negeri mencatatkan penurunan sebanyak 15.5 peratus pada tahun lepas dengan 3,096 kes direkodkan berbanding 3,663 pada 2016.
  • SANDAKAN - Polis berjaya menyelesaikan 25 kes jenayah dengan penangkapan 19 orang terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah di daerah ini sepanjang Januari hingga Isnin lepas.
  • BAGAN DATUK - Kementerian Dalam Negeri tidak berkompromi apatah lagi melindungi mana-mana pegawai polis atau anggotanya yang terlibat jenayah.