KOTA BHARU - Pengusaha pasar raya di negeri ini dinasihatkan supaya mematuhi prosedur keselamatan kebakaran dalam usaha memastikan pengunjung selamat ketika berada di tempat awam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Nazili Mahmood berkata, kebanyakkan pengusaha dan pemilik premis kebiasaannya sering meletakkan barangan termasuk kotak di laluan pintu rintangan api dan di kawasan tangga.

Menurutnya keadaan itu boleh mengundang bahaya yang bukan sahaja melibatkan bangunan itu jika berlaku kecemasan termasuk kejadian kebakaran malah mengundang bahaya kepada pengunjung.

"Perkara ini perlu diberi perhatian memandangkan pada musim perayaan pasar raya akan membuat jualan lebih pada biasa dan berlaku pertambahan stok barang jadi peniaga ambil mudah dan letakkan barangan di kawasan tidak sepatutnya,"katanya kepada media.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ops Raya 2017 di Pasaraya Giant,Tunjog di sini hari ini.

Hadir sama Penolong Pengarah Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan, Hussin Ab Rahman.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • NILAI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan mengenal pasti tiga daerah di negeri ini yang berisiko dilanda banjir kilat khususnya ketika musim tengkujuh.
  • BATU CAVES - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terpaksa menanggung kesakitan hampir satu jam selepas ibu jarinya tersepit pada tombol pintu.
  • TUMPAT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan diminta untuk mempercepatkan pemeriksaan keselamatan terhadap premis yang terlibat dengan pengajian agama di negeri itu terutama pusat tahfiz.
  • MIRI - Penduduk di tengah bandar Limbang gempar apabila seekor buaya seberat satu tan serta sepanjang lima meter ditemui awal pagi ini.
  • SEREMBAN - Enam belas orang termasuk seorang bayi berusia tiga bulan serta dua kanak-kanak lelaki empat tahun yang dilaporkan hilang semalam, ketika menuruni Gunung Berembun, berdekatan Kampung Pantai dekat sini, turun dengan selamat awal pagi tadi.