KUALA KRAI - 10 orang termasuk seorang kanak-kanak lelaki terselamat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Manek Urai, petang ini.

Kenderaan terlibat ialah Proton Savvy, Perodua Myvi dan  kereta jenis Mazda.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hanif  Che Khalid berkata, ketika kejadian beliau kebetulan melalui lokasi kemalangan.

"Saya hubungi balai bomba minta mereka ke lokasi kejadian, kemudian saya nampak api keluar dari enjin Myvi .

"Bimbang api merebak saya menggunakan alat pemadam api di dalam kenderaannya untuk memadam api sementara menunggu jentera bomba tiba di lokasi kejadian," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENDANG - Seorang lelaki berusia 40 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Vellfire maut apabila kereta yang dipandunya itu terbabas di dalam satu kemalangan jalan raya di kilometer 56.5 Lebuhraya Utara Selatan, hari ini.
  • KOTA BHARU - Seorang wanita maut manakala empat cedera dalam kemalangan yang melibatkan empat kenderaan di jalan Kadok di sini pagi tadi.
  • GEMAS - Seorang graduan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak sempat memasukkan duit ke dalam akaun abangnya apabila dia maut dalam kemalangan ketika ke pekan Gemas.
  • SEBERANG JAYA - Seorang pengawal keselamatan hilang mata pencarian apabila terlantar di hospital selepas terlibat dalam kejadian langgar lari di Seberang Jaya pada 8 Ogos lalu.
  • KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang tidak sempat mengelak haiwan dipercayai babi hutan di KM62.0 Jalan Johor Bahru-Mersing pagi tadi.