Mobile   |  
RSS FB Tw
Perokok diberi ‘astray poket’

KOTA BHARU - Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengambil langkah drastik bagi menangani masalah sampah di sekitar kawasan bandar ini dengan menyediakan ‘astray poket’ kepada golongan perokok yang dikompaun jabatan terbabit.

GUA MUSANG - “Kejam hingga abang saya diperlakukan demikian dan apakah salahnya hingga sanggup dia dibunuh sebegitu rupa,” kata Abdullah Isa, 49, adik, Saari, 51, yang dijumpai mati dipercayai dibunuh dalam sebuah ladang getah di Kampung Panggong Lalat, dekat sini, pagi semalam.

GELIGA – Ibu bapa dan penduduk meminta pihak kontraktor yang melakukan kerja pembersihan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga agar tidak meninggalkan sisa selut yang telah dikorek dari dalam longkang bagi mengelakkan masalah debu.

KUANTAN - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang baru sahaja kehilangan suami dua bulan lalu dakwa dipukul oleh dua individu di rumahnya di Kampung Kurnia di sini.

PETALING JAYA – Gara-gara mempromosikan cakera video digital (DVD) lucah kepada anggota polis, seorang penjual diberkas polis dalam serbuan di sebuah kedai cetak rompak di Damansara Utama, semalam.

NILAI – Tindakan seorang pengusaha sebuah premis memproses ayam di Nilai 3, dekat sini, dikenakan tindakan selepas dikesan membuat penyambungan air haram dalam serbuan, semalam.

ALOR SETAR - Lebih 800 penduduk di Flat Taman Setia Jaya menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera memindahkan tangki air yang sudah rosak atas faktor keselamatan.

IPOH – Kejayaan polis Selangor menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kecurian kepala lori membawa penemuan sebuah bengkel memisahkan komponen itu di Simpang, Taiping.

SENAI – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamalud­din digesa agar tidak mencampuri hal berkaitan rakyat di negeri ini dan melabel rakyat Johor mempunyai semangat Asabiyah.