TUNE Protect, selaku peneraju insurans digital negara melancarkan Cabaran Safety on Streets (SOS) untuk meningkatkan kesedaran dan melahirkan inisiatif inovatif untuk memperbaiki tahap keselamatan jalan raya di Malaysia.

Program ini mendapat kerjasama Pusat Inovasi, Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memperbaiki tahap keselamatan jalan raya bagi semua pengguna termasuk pejalan kaki.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tune Protect Group Bhd, Razman Hafidz Abu Zarim berkata, sebagai peneraju insurans digital, misi syarikat adalah untuk memperkasakan golongan belia.

Menurutnya, cabaran ini terbuka kepada pelajar institusi pendidikan tinggi dengan mencadangkan satu konsep aplikasi unik yang boleh menangani isu-isu keselamatan jalan raya negara.

"Jadi, kami berharap dapat menarik perhatian golongan muda dengan mengadakan inisiatif berkaitan inovasi digital yang turut dapat membina kebolehan mereka.

"Menerusi cabaran ini, pelajar akan dapat mengetengahkan idea kreatif mereka bagi mengurangkan kemalangan di jalan raya,” katanya.

Cabaran SOS Tune Protect dilancarkan pada 22 Jun dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 3 Ogos. Hanya 20 peserta akhir yang di senarai pendek akan layak untuk peringkat seterusnya.

Tiga pasukan yang dipilih sebagai pemenang bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, program praktikal selama tiga bulan di Tune Protect, dan perlindungan insurans kemalangan peribadi selama setahun.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.