KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Persatuan Usahawan Teknologi Malaysia (TeAM) dan VADS Bhd bagi BizApp Store.

Dalam satu kenyataan hari ini, TM berkata kerjasama tersebut menandakan usaha penting bagi syarikat dengan membawa perkhidmatan awam kepada perusahaan kecil dan sederhana Malaysia melalui kerjasama dengan TeAM dan platform VADS.

TM BizApp Store merupakan portal web layan diri yang menawarkan pelbagai aplikasi perniagaan yang dibangunkan oleh syarikat perisian antarabangsa serta vendor perisian bebas (ISV) tempatan.

Semua aplikasi di TM BizApp Store adalah berkaitan industri untuk PKS memandangkan mereka berkembang daripada fasa permulaan untuk menjadi syarikat sederhana dan besar.

Naib Presiden Eksekutif TM Azizi A. Hadi berkata dengan perjanjian itu, anggota TeAM dapat memasar dan menjual aplikasi awam mereka melalu BizApp Store TM.

"Kedua-dua pihak akan dapat memanfaatkan dan mengambil bahagian dalam aktiviti jualan bersama dan pemasaran bersama masing-masing.

"TM juga bersedia untuk mendapat manfaat daripada latihan, demontrasi dan penyelesaian masalah yang disediakan oleh ISV TeAM kepada kakitangan kami di bawah perjanjian ini," katanya.

Pada majlis yang sama, VADS juga menandatangani perjanjian kerjasama berasingan dengan TeAM bagimenyediakan platform awam untuk ISV TeAM.- Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia (TM), menerusiperkhidmatan IPTVnya, HyppTV, mengungguli anugerah Komponen atau Pemboleh Terbaik pada Anugerah Industri TV Connect 2014 di Mayfair, London.
  • KUALA LUMPUR - Syarikat maklumat dan telekomunikasi bersepadu, Telekom Malaysia Bhd, menawarkan khidmat percuma menaik taraf sehingga 20 kali kelajuan semasa kepada pelanggan jalur lebar Streamyx dan UniFi melalui 'Tawaran Terbaik Hypp-Normous'.
  • KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini menangani perjanjian dengan Level 3 Communications, syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, yang menyediakan perkhidmatan komunikasi kepada pelanggan perusahaan, kerajaan dan syarikat pembawa.
  • KUALA LUMPUR - - Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) UniFi, telah melepasi sasaran 1.34 juta premis yang ditetapkan menjelang akhir tahun 2012.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.