STOK dan pengeluaran minyak sawit Malaysia bagi Ogos 2018 catat peningkatan walaupun eksport mengalami penurunan.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata, jumlah stok minyak sawit meningkat 12.37 peratus kepada 2.488 juta tan berbanding 2.214 juta tan pada Julai, minyak sawit diproses pula berjumlah 1.223 juta tan manakala stok minyak sawit mentah mencecah 1.265 juta tan.

Menurut kenyataan prestasi bulanan minyak sawit bagi bulan tersebut, pengeluaran minyak sawit mentah meningkat 7.92 peratus kepada 1.622 juta tan.

Pada masa sama, isirong sawit  menokok 10.27 peratus kepada 398,309 tan manakala minyak isirong sawit mentah naik 2.54 peratus kepada 179,917 tan.

Namun bagi bulan berkenaan, eksport minyak sawit berkurangan 8.11 peratus kepada 1.099 juta tan dan oleokimia merosot 6.98 peratus kepada 246,588 tan.