SAHAM Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia terus menarik perhatian, dengan dagangan saham syarikat itu kekal aktif, dan kumpulan itu mula menunjukkan kemajuan dalam menyelesaikan isu dalam kumpulan berkenaan.

Pada 10.41 pagi, kaunter syarikat itu meningkat empat sen kepada RM1.75 dengan 8.82 juta saham bertukar tangan.

Pada Isnin, kumpulan itu mengesahkan laporan bahawa Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, 56, dilantik sebagai pengerusi baharu syarikat, berkuat kuasa 11 September, menamatkan banyak spekulasi mengenai siapa yang akan bakal menerajui FGV.

Azhar mengambil alih jawatan itu dariapda Pemangku Pengerusi Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, sejajar pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 September 2017.

Mesyuarat selama tiga jam bersama pengurusan kanan FGV semalam yang dipengerusikan Azhar, memberi tumpuan kepada rancangan dan usaha untuk meningkatkan prestasi syarikat, tindakan yang penting bagi syarikat menjadi lebih berdaya saing dan dapat mencapai pertumbuhan mampan pada masa depan.

Azhar dalam laporan media semalam berkata walaupun menghadapi krisis, keadaan itu bukan halangan bagi FGV untuk terus meningkatkan momentum perniagaannya. - Bernama

 
 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.