SEIRING teknologi yang semakin moden, mungkin selepas ini anda tidak perlu bergerak ke dapur untuk menikmati air sejuk.

Dengan adanya peti sejuk pintar Movable Fridge, yang berupaya bergerak sendiri dengan fungsi kawalan suara, ia pastinya memudahkan urusan harian anda.

Konsep peti sejuk bergerak ini dihasilkan oleh Panasonic.

Ia mampu mendengar panggilan pemilik dengan sokongan pembantu maya Alexa dan Cortana.

Sistem sonar dan kamera yang disertakan membolehkannya mengelak dari melanggar perabot di rumah.

Buat masa ini Movable Fridge hanya sebuah konsep dan ia dipamerkan di acara Internationale Funkausstellung Berlin (IFA 2017), bagi melihat sambutan dari orang ramai.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.