KEDAI berkonsepkan Timur Tengah, Kedai Jubah Pak Habeb, Al-Jahsyi Collection berhasrat membuka cabang baru dalam perniagaan dengan menjadi pemborong bagi koleksi jubah fesyen terkini untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak pada masa akan datang.

Pemilik kedai Jubah Al-Jahsyi Collection, Salleh Yahaya berkata, Al-Jahsyi ada menerima pelanggan daripada luar Lembah Klang yang ingin membeli jubah secara borong, namun buat masa kini, syarikat tidak menawarkan jualan dalam kuantiti yang banyak.

“Sebelum ini, kami ada juga menjual jubah secara borong tapi masih dalam kuantiti yang sedikit sekitar 30 helai.

“Setakat ini, kami mempunyai ramai pelanggan yang ingin membeli secara borong, namun kami hanya akan memulakan perniagaan baru apabila kami benar-benar bersedia nanti,” katanya, ketika ditemui Sinar Harian, di Kedainya di Anggerik Mall, Shah Alam, yang juga turut menjual baju Melayu dan kurta.

Menurutnya, Al-Jahsyi Collection merupakan kedai yang menawarkan pelbagai fesyen terkini jubah yang diimport dari Thailand, Syria, Arab Saudi, China dan Indonesia yang turut mengetengahkan rekaan Marocco, Oman, Syria dan Arab Saudi.

Salleh berkata, dari segi harga pula dari serendah RM70 sehingga RM170 sehelai mengikut jenis kain, yang mampu menjana pendapatan sehingga RM70,000 sebulan.

Katanya, pada mulanya, Al-Jahsyi Collection hanya menjual menerusi van di beberapa ekspo di sekitar Lembah Klang, hanya pada 2009 Al-Jahsyi Collection membuka kedai pertamanya yang kemudian diikuti pembukaan kedai di Uptown Shah Alam 8 bulan kemudian.

“Pelanggan Al-Jahsyi Collection pula bukan sahaja hanya terdiri dari Lembah Klang, tetapi juga dari seluruh negeri,” katanya, yang juga turut menjual pelbagai makanan Timur Tengah dan juga bakal membawakan pelbagai produk Timur Tengah pada masa akan datang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Keluarga mangsa sindiket dadah, Allahyarham Shyzlin Hathaman, 43 sebak dan sayu ketika menatap kali terakhir wajah jenazah yang tiba di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin, di sini kira-kira jam 8.10 malam tadi, sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh.
  • KOTA KINABALU - Hujan lebat sejak petang tadi mengakibatkan banjir di dua kampung di Kota Belud, menyebabkan 29 mangsa daripada 11 keluarga terpaksa dipindahkan.
  • TAWAU - Akibat mencederakan seorang wanita warga emas menggunakan senjata tajam pada Ahad lepas, seorang lelaki ditahan polis di sebuah bangunan di Jalan Kastam Lama di sini, petang semalam.
  • KOTA KINABALU - Seorang lagi adik bekas menteri persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.
  • JUARA dunia empat kali, Itali diundi menentang Sweden pada aksi playoff pertama di Stockholm.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.