• Lifes Cool menawarkan harga yang menarik untuk setiap barangan yang dijual. Lifes Cool menawarkan harga yang menarik untuk setiap barangan yang dijual.
  • Kedai ini turut menyediakan perkhidmatan memasang karpet kereta. Kedai ini turut menyediakan perkhidmatan memasang karpet kereta.
1 /

Melihat kepada potensi perniagaan pemasangan filem penapisan haba kenderaan yang biasanya dimonopoli oleh masyarakat Cina, memberi idea kepada Mohd Saharudin Ramli, 29, membuka kedainya sendiri, Lifes Cool.

Perniagaan seratus peratus milik Bumiputera ini mula beroperasi pada Mac lalu dan menyediakan perkhidmatan seperti pemasangan tinted kereta, rumah, pejabat, karpet kereta, nombor pendaftaran kenderaan dan bodykit.

Saharudin berkata, beliau sering dengar komen pelanggannya tentang kesukaran mencari kedai Bumiputera yang menyediakan perkhidmatan sebegini.

“Biasanya perniagaan seperti ini dimiliki oleh masyarakat bukan Melayu, tetapi majoriti pelanggannya adalah orang Melayu. Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menyediakan perkhidmatan yang memfokuskan kepada orang Melayu sendiri.

“Pemilihan lokasi kedai di Seksyen 15, Shah Alam juga adalah disebabkan populasi penduduk di sini yang kebanyakannya orang Melayu. Walaupun terdapat kedai lain yang dibuka di sini dan menawarkan perkhidmatan sama tetapi saya percaya pada rezeki masing-masing,”katanya.


Perolehan berganda

Pada hari biasa, Lifes Cool terima tiga hingga empat pelanggan sehari dan enam hingga tujuh pelanggan sehari pada hujung minggu. Namun, semasa bulan puasa jumlah kenderaan mampu meningkat sehingga enam buah sehari.

Dengan sambutan yang diterima sejak kedai mula dibuka dengan modal permulaan RM50,000 itu,  beliau yakin  raih perolehan berganda menjelang hujung tahun berbanding RM10,000 sebulan yang dicapainya buat masa ini.


Bakal buka dua cawangan

Setelah kedai pertama berjaya dibuka di Shah Alam, Saharudin berhasrat untuk kembangkan perniagaannya dengan membuka dua cawangan baru di sekitar Lembah Klang dan Kelantan dalam tempoh tiga tahun akan datang.