PANASONIC merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam arena kamera digital.

Di Malaysia, pihak Panasonic telah mengumumkan penawaran terbaru mereka, iaitu kamera Lumix GF9 yang akan dijual tidak lama lagi.

Panasonic Lumix GF9 hadir dengan kamera 16-megapixel yang bukan sahaja berfungsi merakam gambar, tetapi juga boleh digunakan sebagai video pada resolusi sehingga 4K.

Melalui kamera digital ini, pihak Panasonic turut dilihat memfokuskan kepada sokongan selfie. Seperti beberapa kamera lain, ia menawarkan panel sesentuh bagi memudahkan rakaman gambar swafoto. Di samping itu, ia turut mengintegrasikan beberapa ciri khusus pada telefon pintar untuk menjadikan gambar anda lebih cantik. 

Di Malaysia, Panasonic Lumix GF9 ini akan ditawarkan pada harga RM2399 yang turut disertakan lensa 12-32mm secara terbina.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SISTEM kamera terpantas pada peranti mudah alih boleh ditemui pada Sony Xperia XZ Premium. Kamera Motion Eye Sony mampu merakam video pada kadar 950 FPS kerana sensor yang mempunyai memori terbina.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.