KADAR antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional susut kepada RM23 bilion daripada RM30.45 bilion sebelum ini, manakala dalam sistem Islam, ia merosot kepada RM9.5 bilion daripada RM11.73 bilion sebelum ini.

BNM sebelum itu menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard dan menerbitkan Bil Antara Bank Bank Negara.

Pada 4 petang, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional RM23 bilion dan tender pasaran wang Qard RM9.5 bilion, kedua-duanya untuk wang lima hari.

Purata kadar faedah semalaman berada pada 3.19 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus. –Bernama