GARDENIA Bakeries Sdn Bhd (Gardenia) kini menambah pilihan rotinya apabila memperkenalkan dua variasi baru Roti Krim Delicia Butterscotch dan Delicia Rose.

Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia, Hazlinah Harun berkata, populariti roti krim memberi keyakinan kepada syarikat untuk melabur dalam penambahan kapasiti pengeluaran produk, sekali gus membolehkannya menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

“Resipi kami memenuhi cita rasa pelanggan. Snek terbaru ini juga merupakan hasil keprihatinan Gardenia terhadap maklum balas pelanggan tentang cita rasa yang diinginkan. Malah, Gardenia akan terus peka dengan pilihan dan permintaan pelanggan.

“Pelancaran dua perisa baru ini juga dilihat bertepatan dengan permulaan persekolahan di tahun baru di mana ibu bapa akan mencari pilihan snek yang menarik untuk kanak-kanak,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.