• Nora bertukar dokumen bersama Zainurin selepas memeterai perjanjian bersama di Kuala Lumpur, semalam. Nora bertukar dokumen bersama Zainurin selepas memeterai perjanjian bersama di Kuala Lumpur, semalam.
1 /

Persatuan Pegawai-pegawai Kelas 1 Maybank (AMCO) memeterai perjanjian bersama (CA) baru dengan Maybank, antara lain menyaksikan pelarasan gaji antara 12 peratus hingga 16 peratus dan beberapa manfaat lain.

CA baru itu menjadikan imbuhan pampasan tunai Pegawai Kelas 1 Maybank dalam segmen 25 peratus tertinggi di pasaran.

Pada majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di Menara Maybank, AMCO diwakili, Presidennya, Zainurin Zainal Abidin dan Setiausaha Agung, Jimmy Tong Yee Shen. Sementara itu, Maybank diwakili Ketua Modal Insan Kumpulan, Nora Manaf.

Nora berkata, perjanjian itu melakar sejarah baru buat Maybank dan lain-lain kesatuan sekerja kerana ia sah untuk tempoh tiga tahun dan 10 bulan beranding kelazimannya, tiga tahun.

“Langkah penting yang kami ambil ini membolehkan agihan lengkap dan bermakna mengikut syarat dan terma. Ini juga memastikan manfaat dan kenaikan gaji diselaraskan bagi kakitangan yang baru mendapat kenaikan pangkat yang mungkin berpunca daripada tarikh luput perjanjian berbeza,” katanya.

Menerusi CA baru ini, purata gaji minimum dinaikkan 14 peratus, manakala gaji maksimum meningkat 18.63 peratus.
Kenaikan tahunan juga meningkat selari dengan purata baru iaitu 17.42 peratus.