• Azman Hashim Azman Hashim
1 /

PETALING JAYA - Pengasas dan pengerusi Ambank Tan Sri Azman Hashim telah dianugerahkan "Tokoh Usahawan Terbaik - Tun Dr Mahathir Mohamad" di majlis anugerah BrandLaureate BestBrands 2011-2012 malam tadi.

Anugerah itu mengiktirafkan sumbangan besar Azman kepada pembangunan negara serta kejayaannya memacu Ambank menjadi institusi kewangan terkemuka di Malaysia.

Presiden BrandLaureate, Dr K.K. Johan berkata tema untuk acara tahun ini "Brand Perfect", mungkin boleh menakutkan sesetengah pihak dan juga boleh memberikan inspirasi kepada yang lain.

"Saya mahukan kepuasan dan begitu juga hadirin yang ada di dewan ini, itulah yang seharusnya menjadi nilai dan budaya jenama kita," kata beliau pada majlis berkenaan.

Sementara itu, "Tokoh Terbaik Wanita - Tun Dr Siti Hasmah" diberikan kepada peguam wanita pertama negara dan bekas diplomat, Tan Sri P.G. Lim. 

Pengerusi Ajinomoto Malaysia Bhd, Jen (B) Tan Sri Dr Mohammed Hashim Mohd Ali, ketua pegawai eksekutif MBF Holdings Bhd Group, Tan Sri Dr Ninian Mogan Lourdenadin dan Pengasas dan Pengerusi Sunrider, Dr Chen Tei-Fu pula mengungguli Anugerah Personaliti Terbaik. -- Bernama