MASALAH perbezaan pendapat antara pemegang saham dalam menentukan hala tuju perniagaan menyebabkan AirAsia Bhd (AirAsia) mengambil keputusan tamatkan perjanjian dan tarik diri daripada usaha sama (JV) AirAsia Japan bersama ANA Holdings Inc (ANA).

Menurut AirAsia, perbezaan pendapat itu termasuk mengenai cara pengurusan kos hingga kepada penentuan pangkalan operasi domestik di Jepun, sehingga menjadi punca pembatalan JV yang dilancarkan dua tahun lalu di bawah nama AirAsia Japan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, di sebalik penamatan itu, beliau tetap mempunyai pandangan positif terhadap pasaran Jepun dan percaya terdapat peluang besar bagi syarikat penerbangan tambang rendah untuk berjaya di negara itu.

"Walaupun berdepan isu kos, jenama AirAsia berjaya tarik perhatian pelanggan di Jepun. Kami tetap punyai impian ubah industri perjalanan udara di Jepun dan berharap kembali ke pasaran itu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AIRASIA Bhd menawarkan tambang promosi hebat serendah RM39 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Sihanoukville, Luang Prabang, Pattaya, Shantou, Kalibo (Boracay) dan Visakhapatnam.
  • AIRASIA, syarikat penerbangan tambang rendah memperkenalkan hidangan Lil’ Star Combo untuk kanak-kanak serendah RM10 hingga RM15.
  • AIRASIA menjalin usaha sama unik dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila buat pertama kalinya di dunia, logo dan moto universiti itu dipapar di pesawat syarikat penerbangan tambang rendah itu.
  • AIRASIA dan CAE mencapai perjanjian jual beli melibatkan Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asia (AACE), yang pada masa ini melibatkan kepentingan 50:50 antara kedua-dua pihak itu.
  • SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia hari ini melancarkan penerbangan pertama bagi laluan Kuching ke Langkawi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.