Pahamin Rajab meninggal dunia alami serangan jantung

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi.
Berita duka itu dikongsi menantunya, pelakon, Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi Ahad.
Azhar berkata, Pahamin, 77, dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi cucunya di London.
"Dukacita saya hendak maklumkan bapa mentua saya, Datuk Pahamin Rajab baru meninggal dunia.
"Beliau baru sampai London kena serangan jantung dalam penerbangan. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees ada di London," katanya dalam video yang dimuat naik.
Azhar berkata, beliau dan ahli keluarga yang lain akan berangkat ke London, esok.
Allahyarham Pahamin yang juga Pengasas Bersama AirAsia pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia dalam tempoh lebih 30 tahun.
Allahyarham Pahamin pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998.
Allahyarham Pahamin juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Amaran ribut petir, hujan lebat di semua negeri kecuali Sarawak
26 September 2026 03:34pmPekerja kedai makan tercampak di laluan bertentangan sebelum dilanggar SUV
26 September 2026 03:22pmTular rakaman CCTV curi duit tabung surau, dua lelaki diburu polis
26 September 2026 03:16pm'Muhammad Idlan selalu cakap semua okay di sekolah...' - Bapa saudara
26 September 2026 02:31pmKrisis Negeri Sembilan: Jangan label derhaka, biadab mendahului kefahaman - Ahmad Zahid
26 September 2026 12:46pmPelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuli
26 September 2026 08:04amHari kiamat jatuh pada November tahun ini?
25 September 2026 06:03pmAnggota tentera maut kemalangan ketika pulang selepas hadiri qiamulail
25 September 2026 06:22pmKian Ming ramal Zahid PM ke-11, Selangor tumbang
26 September 2026 09:00am- Iklan -- Iklan -
