Kibaran bendera Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menghangatkan lagi bahang siri kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sudah memasuki hari keenam di sekitar Taman Tuanku Jaafar hari ini. Pilihan Raya Negeri Ke-15 DUN N.24 Seremban Jaya menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PH-DAP P Gunasekaran dan PN-GERAKAN Gary Lee. Foto Bernama