Sila log masuk terlebih dahulu.

Kenaikan gaji penjawat awam tak wajar diperdebatkan - Steven Sim

A
A
A

BERITA SEMASA 2 MEI 2024

Kadar kenaikan gaji penjawat awam diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tidak wajar dijadikan sebagai topik perdebatan umum.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata kerajaan menghargai semua golongan pekerja daripada pelbagai sektor dan dasar Gaji Progresif sebagai bukti komitmen untuk menaikkan kadar upah minimum kakitangan swasta.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang merangkap Setiausaha Organisasi DAP itu turut menyifatkan kakitangan awam sebagai petugas barisan hadapan bagi kerajaan.

Mengulas lanjut, Steven Sim berkata negara telah mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion tahun lepas hasil daripada dukungan semua pihak termasuk penjawat awam.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Gaji #PenjawatAwam