X

Kindly register in order to view this article
!

Umno Terengganu perlu tenang hadapi kemelut

Salleh Said Keruak
A
A

SUNGAI PETANI -  Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta pemimpin Umno Terengganu supaya bertenang dan tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh merenggangkan lagi hubungan sesama mereka. Salleh, yang juga Bendahari Umno, berkata Umno Terengganu perlu bersatu padu dalam mencari penyelesaian terbaik walaupun mempunyai perbezaan pendapat bagi menamatkan kemelut politik di negeri itu. "Kita kena ada ketenangan untuk hadapi situasi seperti ini, yang penting Umno Terengganu kukuh kerana di Terengganu banyak lagi agenda pembangunan yang perlu diteruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Sungai Petani di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Umno bahagian Datuk Abdul Rahim Saad; ketua Wanita Wan Mohalina Wan Mohamad; ketua Pemuda Muhd Effendi Mashum dan ketua Puteri bahagian Mashitoh Mohamad Yusoff. Salleh berkata, setiap tindakan yang dilakukan perlu mengambil kira kepentingan rakyat Terengganu supaya tidak menjadi mangsa dalam situasi politik negeri. "Matlamat berpolitik bukan untuk berebut jawatan tetapi bagi menentukan pembangunan dapat diteruskan kepada rakyat," katanya. – Bernama


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus