X

Kindly register in order to view this article
!

DAP tidak boleh pilih kasih dalam isu lepas jawatan

A
A

IPOH - MyPPP negeri Perak menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng meletak jawatan atau mengambil cuti daripada tanggungjawab susulan pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Pengerusi MyPPP Perak Ong Chee Keng berkata gesaan itu dibuat memandangkan

Guan Eng sering kali membuat gesaan serupa, setiap kali timbul sebarang isu membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN).

"DAP selalunya bila mereka buat tuduhan ke atas pemimpin BN yang kadang kala tiada bukti, tetap menyeru pemimpin berkenaan meletak jawatan sementara menunggu keputusan siasatan.

"Jadi (dalam kes Lim) DAP tidak bolehlah 'double standard' biarkan Guan Eng pegang jawatan Ketua Menteri," katanya dalam sidang media dia sini hari ini.

Guan Eng, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town, Pulau Pinang daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta oleh seorang penjamin. – Bernama


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus