Kualiti air selamat digunakan

 Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini memaklumkan kualiti air di bawah selamat untuk digunakan dan mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini memaklumkan kualiti air di bawah selamat untuk digunakan dan mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini memaklumkan kualiti air di bawah selamat untuk digunakan dan mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

Air Selangor menerusi kenyataan di Facebook turut memberi tip kepada pengguna supaya membiarkan pili air dibuka mengalir sehingga air kelihatan bersih dan jernih.

"Selepas itu ia boleh terus digunakan untuk memasak, membasuh dan sebagainya," tulis pentadbir Air Selangor di Facebook bagi menjawab dakwaan beberapa pengguna media sosial itu yang mendakwa air kotor serta tidak bersih selepas gangguan bekalan kembali pulih.

Dakwaan berkenaan tular dan menjadi tanda tanya pengguna lain.

Terdahulu, sebanyak 1,292 lokasi di tujuh kawasan sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi Khamis lalu susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Gangguan bekalan air itu berlaku selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti bertugas akibat pencemaran.

Tujuh kawasan berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Artikel Berkaitan: