ADUN PH Johor adakan mesyuarat tergempar

Aminolhuda Hassan, Syed Ibrahim Syed Noh, Liew Chin Tong
Aminolhuda Hassan, Syed Ibrahim Syed Noh, Liew Chin Tong
A
A
A

JOHOR BAHRU - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan mesyuarat tergempar di sini malam tadi susulan perkembangan politik terkini Johor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bersidang pada 10 dan 13 September ini.

Dalam satu kenyataan bersama-sama melibatkan semua pemimpin PH Johor, mereka memaklumkan ADUN Pakatan Harapan berpendirian agenda kebajikan dan ekonomi rakyat perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kenyataan itu membabitkan Pengerusi Parti Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong.

"Isu 'bread and butter' dalam kalangan rakyat tidak boleh dikompromi khususnya saat berdepan fasa sukar akibat pandemik koronavirus (Covid-19)," demikian menurut kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Status keahlian Bersatu Osman masih belum diputuskan

Menurut kenyataan itu lagi, PH Johor telah beberapa kali mengajukan permohonan untuk bertemu dengan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad bagi mengetengahkan isu itu tetapi masih belum mendapat sebarang respon yang positif.

"Seluruh jentera kerajaan dan wakil rakyat mesti digembleng tanpa mengira perbezaan fahaman politik dan juga kepartian," jelas kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan:

PH Johor berpendirian, pergolakan politik tidak boleh memangsakan nasib rakyat terbanyak.