Pejabat MB Selangor nafi berita palsu isu air

Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan penularan beberapa berita palsu sebelum ini.
Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan penularan beberapa berita palsu sebelum ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan penularan berita dan info grafik palsu berkaitan isu gangguan bekalan air di Sabah.

Berdasarkan penularan berita palsu tersebut, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari didakwa kononnya mengeluarkan kenyataan meminta rakyat Sabah memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan isu air di negeri bawah bayu itu.

Bagaimanapun, difahamkan kenyataan itu adalah palsu dan gambar keratan berita yang tular itu merupakan gambar lama malah kejadian bukannya berlaku di Sabah.

Selain itu, terdapat satu info grafik juga tular dengan memetik Amirudin berkata, isu air di Selangor hanyalah isu kecil dan tidak menjejaskan kualiti rakyat.

Antara berta palsu yang cuba disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab
Antara berta palsu yang cuba disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab

Sejak berlakunya gangguan bekalan air di Selangor bermula Jumaat lalu, terdapat beberapa penularan berita palsu dikesan menerusi platform aplikasi dan media sosial.

Malah, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) juga meminta pengguna mendapatkan maklumat rasmi mengenai situasi semasa gangguan bekalan air dikeluarkan oleh pihaknya.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri, meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu berhubung gangguan bekalan air itu.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan Elina itu adalah susulan penyebaran satu kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan menyatakan pencemaran bau sudah terkawal dan Loji Rawatan Air (LRA) kembali beroperasi pada jam 8 malam.