X

Kindly register in order to view this article
!

Bekalan air di Lembah Klang 51.6 peratus pulih

Para penduduk di sekitar Bandar Baru Ampang beratur untuk mengambil bekalan air yang telah disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). -Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Setakat tengah hari ini, 51.6 peratus daripada kawasan yang terputus bekalan air di Lembah Klang telah kembali menerima bekalan.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga telah mengarahkan Air Selangor untuk memaklumkan kepada pengguna tentang jadual pemulihan bekalan mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan.

"Hal ini termasuk memenuhkan semua tangki-tangki utama yang telah kosong, memastikan tekanan air mencukupi dan memastikan tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan," katanya dalam kenyataan.

Katanya, beliau juga telah mengarahkan SPAN supaya menghubungi operator air negeri lain seperti Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd, Syarikat Air Melaka Bhd, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd dan Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd untuk turut membantu mengagihkan air kepada pengguna yang terjejas.

Menurutnya sehingga kini, Air Selangor telah menggerakkan 114 lori tangki termasuk sembilan dari operator negeri lain, menyediakan 22 pili awam, menempatkan 70 tangki statik di 19 pusat khidmat setempat serta mengagihkan air minuman lima liter kepada pengguna yang terjejas.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, proses pendakwaan terhadap pihak yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang sehingga menyebabkan gangguan bekalan air tersebut, akan dilaksanakan minggu depan.

Beliau berkata pendakwaan dibuat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

"Tindakan penguatkuasaan bersama pelbagai agensi seperti SPAN, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan pihak berkuasa tempatan sedang berjalan, melibatkan kerajaan persekutuan dan negeri.

"Saya ingin tegaskan bahawa pihak kementerian tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan peruntukan perundangan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan empat pengurus kilang berusia dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran berkenaan direman enam hari bermula hari ini.

Ekoran pencemaran minyak daripada kilang berkenaan pada Khamis lepas, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat

Kerja remediasi tapak pencemaran sungai dimulakan


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!