'Sungguh kecewa jika benar itu arahan Najib'

Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama
Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sekiranya benar dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pindaan dibuat dalam Laporan Audit 1MDB, ia disifatkan sebagai satu tindakan serius yang mengecewakan Umno dan BN.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga memaklumkan, sebelum ini Najib tidak pernah melaporkan kepada jemaah menteri berkaitan 1MDB dan juga Jho Low.

“Kalau berlaku arahan untuk memadamkan kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB, ini adalah satu tindakan serius yang mnegecewakan, tapi apa-apa pun kita tunggu hasil siasatan.

“Sebenarnya banyak perkara mengenai 1MDB ini tidak dimaklumkan kepada jemaah menteri,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Khairy berkata, semalam Najib telah memberi penjelasan bahawa dalam jawapan di Parlimen sebelum ini, beliau pernah mengesahkan melalui Kementerian Kewangan mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.

Namun demikian, katanya jika benar mengapa timbul kenyataan daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang menyatakan bahawa ada arahan untuk meminda laporan audit 1MDB tersebut.

“Jadi di situ ada percanggahan penjelasan daripada Najib dan juga pendirian daripada Ketua Audit Negara.

“Kita tunggu penjelasan daripada Ketua Audit Negara tentang perkara ini dan juga siasatan yang telah bermula hari ini dengan beberapa orang telah dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk beri keterangan,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy menyifatkan tindakan meminda laporan Jabatan Audit Negara adalah satu tidak tidak wajar kerana badan tersebut bebas dan berkecuali.

Artikel Berkaitan:


“Tak boleh diarah untuk dipinda dan sebagainya. Saya sebagai bekas menteri pun banyak kali kementerian saya disiasat diaudit dan ditegur.

“Dan kita terima, sebab itu perkara biasa dalam kerajaan. Mesti diaudit dan kelemahan-kelemahan mesti diatasi,” ujarnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nama Jho Low diarah gugur dari Laporan Akhir 1MDB]