Parti baharu Syed Saddiq perlu ada hala tuju jelas

Halimaton Shaadiah (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan UA/IPTS DUN Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.
Halimaton Shaadiah (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan UA/IPTS DUN Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman perlu mempunyai hala tuju yang jelas berkaitan masa depan ahli-ahlinya sekiranya berhasrat menubuhkan parti baharu yang memberi fokus kepada golongan anak muda.

Ketua Srikandi Bersatu Kedah, Halimaton Shaadiah Saad berkata, ini kerana parti berkenaan semestinya mempunyai had umur tertentu untuk kekal sebagai ahli.

"Itu hak dia, jika dia nak buat (tubuh parti baharu) tetapi bagi saya apapun matlamat perjuangan kita, yang penting ke mana anak-anak muda itu hendak pergi selepas bersama dengan partinya.

"Jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) contohnya, kita ada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) sebagai sayap parti untuk ahli yang berumur 35 tahun ke bawah dan begitu juga dengan parti UMNO serta PAS yang masing-masing mempunyai sayap parti khusus kepada golongan muda," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan UA/IPTS DUN Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq tubuh parti baharu

Baru-baru ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengesahkan beliau tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Saddiq yang sebelum ini menyokong Dr Mahathir itu sebaliknya mengesahkan beliau akan menubuhkan sebuah parti politik baharu berbilang kaum dengan memberi fokus kepada anak muda.

Artikel Berkaitan: