X

Kindly register in order to view this article
!

Tujuh kawasan alami gangguan bekalan air

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat bermula jam 10 pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri berkata, gangguan bekalan air itu berikutan Loji Rawatan Air Sungai (LRA) Rantau Panjang, LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) dihenti tugas pada pagi ini.

"Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai (LRA) Rantau Panjang dihenti tugas pada jam 7.15 pagi ini manakala LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) juga terpaksa dihenti tugas pada jam 9 pagi ini.

"Henti tugas keempat-empat LRA ini terpaksa dilaksanakan berikutan pencemaran yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, senarai penuh kawasan yang terjejas akan dimaklumkan dari masa ke masa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman web www.airselangor.com.

"Air Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang mengambil tindakan pantas bagi mengatasi insiden pencemaran ini dengan kadar segera.

"Para pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!