Wanita maut kereta langgar pengadang jalan

Keadaan lokasi kemalangan yang mengorbankan seorang wanita di Kilometer (KM) 392.2, Lebuhraya Pantai Timur ( LPT 2), Ajil-Bukit Besi petang tadi. - Foto ihsan IPD Hulu Terengganu
Keadaan lokasi kemalangan yang mengorbankan seorang wanita di Kilometer (KM) 392.2, Lebuhraya Pantai Timur ( LPT 2), Ajil-Bukit Besi petang tadi. - Foto ihsan IPD Hulu Terengganu
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh besi tengah pengadang jalan dalam kejadian di Kilometer (KM) 392.2, Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2), Ajil-Bukit Besi di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu mengakibatkan mangsa, Tuan Isma Farazilahidayah Ismail, 36, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati pasangan itu dalam perjalanan dari arah Pasir Puteh, Kelantan menuju ke Pasir Gudang, Johor Bharu.

"Semasa tiba di lokasi, kereta jenis Toyota Vios dipandu suami mangsa berusia 30 tahun hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh besi tengah pengadang jalan.

"Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya cedera parah dan dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan susulan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, semakan mendapati pasangan berkenaan dari Kampung Gong Tinggi, Pasir Puteh, Kelantan dan masing-masing bekerja di sebagai operator dan kerani di sebuah kilang di Pasir Gudang, Johor Bharu.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: