Lelaki Indonesia cuba rasuah polis diberkas

Antara barangan dirampas di dalam sebuah kereta di Pantai Dalam, semalam.
Antara barangan dirampas di dalam sebuah kereta di Pantai Dalam, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Indonesia diberkas atas kesalahan membawa rokok seludup dan cuba merasuah polis di Pantai Dalam, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Helmi berkata, sepasukan anggota polis telah menahan suspek berusia 38 tahun yang sedang memandu sebuah kereta jenis Proton Perdana, pada jam 8 pagi.

"Hasil pemeriksaan, kita telah menjumpai sebanyak 123 kotak warga Indonesia pelbagai jenama rokok seludup di tempat duduk belakang kereta itu.

"Suspek juga cuba memberi suapan RM1,000 kepada anggota polis ketika sedang menjalankan pemeriksaan," katanya dalam kenyataan media.

Zairulnizam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, memiliki rokok seludup dan Seksyen 214 Kanun Keseksaan, cuba memberikan suapan.

"Siasatan juga turut dijalankan di bawah Seksyean 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri," katanya.

Artikel Berkaitan: