'Sewakan tanah kepada kami'

Pekebun merayu supaya kerajaan Pahang menyewakan tanah kepada mereka untuk terus menguruskan tanaman durian di beberapa kawasan di daerah Raub.Gambar kecil:Yap Ban Hen
Pekebun merayu supaya kerajaan Pahang menyewakan tanah kepada mereka untuk terus menguruskan tanaman durian di beberapa kawasan di daerah Raub.Gambar kecil:Yap Ban Hen
A
A
A

KUANTAN - Pekebun durian musang king meminta kerajaan negeri menyewakan tanah kepada mereka dan tidak menyerahkan kebun durian kepada Royal Pahang Durian Resources Sdn Bhd.

Majoriti pekebun terbabit menyifatkan tindakan oleh kerajaan Pahang sebagai tidak adil kerana mereka sudah mengusahakan tanaman berkenaan sejak lebih 30 tahun lalu.

Seorang pekebun, Yap Ban Heng, 40, berkata, pekebun lebih berhak menguruskan tanaman kerana mempunyai pengalaman mengendalikan raja buah itu.

“Lebih baik bagi kami jika pekebun menguruskannya dengan menyewakan tanah serta membayar cukai kepada kerajaan.

“Kami tidak mahu Royal Pahang menjadi orang tengah dan kenapa kerajaan menyerahkan tanah kepada syarikat yang tiada pengalaman?” soalnya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, kesemua pekebun akur dengan arahan kerajaan, namun ruang penyelesaian perlu ada bagi memastikan hasil tanaman menjadi milik mereka.

“Kami ingin perbincangan secara baik supaya dua pihak (pekebun dan kerajaan negeri) dapat hak selayaknya,” katanya.

Artikel Berkaitan: