PU Akram pergiat aktiviti dakwah

Akram (enam, kiri) beramah mesra bersama sebahagian yang hadir pada majlis perasmian Jelajah Dai'e 5.0 2019 di sini, semalam.
Akram (enam, kiri) beramah mesra bersama sebahagian yang hadir pada majlis perasmian Jelajah Dai'e 5.0 2019 di sini, semalam.
A
A
A

BIARPUN sudah lebih dua tahun meninggalkan pentas Pencetus Ummah (PU), namun PU Akram Ikrami Taib Azamudden terus mempergiat aktiviti dakwah beliau di seluruh negara.

Akram berkata, selepas berakhirnya program Pencetus Ummah beliau bergerak sendiri dengan meneruskan aktiviti dakwah dan motivasi.

"Saya kini banyak terlibat dengan program- program motivasi dan latihan di seluruh negara.

"Kehadiran ke Jeli sejak beberapa hari lalu bagi memenuhi sebahagian aktiviti berkenaan dan Jeli merupakan jajahan pertama dikunjungi tahun ini," katanya kepada Sinar Harian selepas majlis perasmian Jelajah Dai'e 5.0 2019 di sini, semalam.

Menurutnya, antara matlamat program berkenaan adalah untuk tarik anak muda supaya dekat dengan majlis ilmu yang dibuat secara santai.

Mengulas lanjut, Akram berkata, apa yang diharapkan anak muda mendapat kefahaman tentang Islam dengan lebih tepat dan jelas sekali gus boleh beramal dengannya.

Dalam pada itu, Akram yang juga peserta PU musim keempat berkata, beliau juga banyak terlibat dengan program- program motivasi dan latihan di sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah Program Jelajah Dai'e, Muhammad Baihaki Othman berkata, ia merupakan program bulanan yang digerakkan sekumpulan anak muda Jeli di bawah platform Genius Training and Consultancy dengan kerjasama Ikatan Mahasiswa Intelek Jeli (IMIJ) dan juga masjid- masjid di sekitar daerah ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ia bertujuan menyebarkan dakwah baru dalam kalangan masyarakat dengan mengetengahkan tokoh- tokoh dakwah tanah air yang terdiri dalam kalangan para alim ulamak, penceramah tempatan juga selebriti dakwah yang terkenal.

"Harapan kita agar masyarakat di Jeli tidak ketinggalan dalam mendapatkan ilmu dan pengetahuan mengikut medium - medium semasa dan terkini," katanya.

Muhammad Baihaki berkata, program jelajah ini bermula penghujung 2016 untuk menyuburkan masjid- masjid di seluruh pelusuk daerah dengan budaya ilmu dan menjadikannya lebih mesra dan dekat di hati anak muda.

"Program- program ini dianjurkan secara percuma dan kami mengalu- alukan mana- mana pihak yang ingin bersama menggerakkan kerja dakwah ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Muhammad Baihaki 7055969758," katanya.