Abdul Hadi: Rakyat menolak politik melampau DAP

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kekalahan DAP dan PH pada PRK Cameron Highlands merupakan petanda rakyat menolak budaya politik melampau yang dibawa parti itu.

Menurutnya lagi, kekalahan itu juga merupakan isyarat penolakkan rakyat terhadap kegagalan kerajaan PH menunaikan janji-janji yang dibuat pada PRU14 lalu.

“Syukur kepada ALLAH dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon beragama Islam bagi mewakili rakyat dan masyarakat majmuk di Parlimen Cameron Highlands.

“Pas mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon BN dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Cameron Highlands dan melihat keputusan ini sebagai perkembangan positif ke arah kerjasama blok pembangkang yang lebih baik.

“Kepada Tuan Ramli Mohd Nor, semoga beliau dapat membawa suara pembela agama, bangsa dan negara dengan sebaiknya di Parlimen,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli dan jentera Pas dari seluruh negeri dan negara yang turut membantu dalam kempen PRK Cameron Highlands.

Ramli diumumkan menang selepas memperoleh 12,038 undi, manakala M Manogaran, 8,800 undi (PH) dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib, (314), dan Wong Seng Yee, (276).

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Oktober lepas, membatalkan kemenangan calon BN Datuk C Sivarraajh pada PRU14 ekoran berlaku unsur rasuah untuk mendapatkan undi.

Artikel Berkaitan: