Maqis rampas 1,000kg serbuk kuning, putih telur

Dua pegawai Maqis Pulau Pinang menunjukkan serbuk kuning dan putih telur yang dirampas.
Dua pegawai Maqis Pulau Pinang menunjukkan serbuk kuning dan putih telur yang dirampas.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas serbuk kuning telur dan serbuk putih telur bernilai RM25,156 di Pelabuhan Dermaga Air Dalam di sini pada 19 Ogos lalu.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, kedua-dua bahan makanan seberat 1,000 kilogram (kg) dari India itu dirampas ketika memeriksa sebuah kontena pada jam 11.47 malam.

Menurutnya, kontena itu ditahan kerana menggunakan maklumat tidak tepat dan mengelirukan pada permit import.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] iaitu mana-mana orang yang memberikan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian adalah menjadi suatu kesalahan.

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Katanya, kes tersebut masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengenalpasti individu yang terlibat.

Artikel Berkaitan: