Liza Hanim selamat timang anak kelima

Penyanyi, Liza Hanim
Penyanyi, Liza Hanim
A
A
A

[DIKEMASKINI] PENYANYI popular Siapa Sangka Siapa Menduga, Liza Hanim, 38, selamat menimang cahaya mata kelima sekitar pukul 11 malam, Jumaat.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Liza Hanim atau nama lengkapnya, Haliza Hanim Abdul Halim, di Instagram miliknya.

"Allahuakbar!!!! Alhamdulillah dengan izin Nya, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 11 malam.

"Syukur ke hadrat ALLAH SWT, serta berkat doa kalian semua. Terima kasih semua!! Alhamdulillah...," luahnya.

Di ruang komen penyanyi berkenaan kini dihujani ucapan tahniah dan doa supaya Liza selamat menjalani proses berpantang.

Untuk rekod, Liza dan suami, Mohammed Shahrin Samsudin mendirikan rumahtangga padab2003 dan dikurniakan empat zuriat, dua lelaki dan dua perempuan.

Artikel Berkaitan: