Isu Alhijrah: Siasat jika ada elemen sabotaj

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh (hadapan ,dua, kiri) menandatangani plak perasmian pembukaan Sinotruk East Coast 4S Centre hari ini.
Sinotruk East Coast 4S Centre yang terletak di Jalan Gambang itu menyediakan perkhidmatan jualan, servis, alat ganti dan cat kepada para pelanggan trak tugas berat Sinotruk serta kenderaan komersial tugas ringan.- Bernama
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh (hadapan ,dua, kiri) menandatangani plak perasmian pembukaan Sinotruk East Coast 4S Centre hari ini. Sinotruk East Coast 4S Centre yang terletak di Jalan Gambang itu menyediakan perkhidmatan jualan, servis, alat ganti dan cat kepada para pelanggan trak tugas berat Sinotruk serta kenderaan komersial tugas ringan.- Bernama
A
A
A

KUANTAN - Pengurusan stesen televisyen Alhijrah melakukan siasatan dalaman untuk mengetahui sama ada berlaku elemen sabotaj dalam insiden pelanggaran etika dan dasar syarikat sebagai media dakwah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pengurusan Alhijrah akan mengemukakan laporan terperinci mengenainya pada Isnin.

"Kita ingin tahu siapa yang mempunyai akses kepada sistem termasuk ke atas laman web dan sebagainya kerana dikhuatiri berlaku sabotaj memandangkan perbuatan itu tidak seperti kebiasaan.

"Alhijrah sebelum ini bersih and profesional dalam kandungan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat servis 4S oleh Sendok Group yang menyediakan perkhidmatan jualan dan servis kepada trak tugasan berat jenama Sinotruck di Jalan Gambang di sini, hari ini.

Hari ini, media melaporkan kenyataan ringkas Alhijrah di laman sosialnya bahawa Anggota Lembaga Pengarah syarikat itu akan mengambil tindakan tatatertib kepada semua pegawai bertanggungjawab melanggar etika dan dasar syarikat sebagai media dakwah.

Kenyataan itu walaupun tidak dijelaskan secara terperinci, dipercayai merujuk kepada penyiaran artikel berkaitan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di media sosial dan laman web Alhijrah, yang kini telah dipadamkan.

Dalam perkembangan lain, Fuziah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang berkata beliau telah menghantar notis tuntutan kepada penulis blog bernama Yusman Zahari Zakaria berhubung penulisan artikel yang didakwa bersifat fitnah.

"Saya mengarahkan peguam berbuat demikian kerana penulis berkenaan gagal membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam yang diberikan," katanya tanpa mengulas lanjut.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin lepas, Fuziah mendesak penulis blog itu memohon maaf kerana didakwa menuduhnya menggunakan kenderaan milik kerajaan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mendakwa perkara itu terkandung dalam artikel bertajuk 'Fuziah Salleh bercakap depan cermin, terbukti beliau salah guna aset kerajaan' yang turut tular di laman sosial Facebook.

Mengulas mengenai pembukaan pusat 4S itu, Fuziah berkata beliau mengalu-alukan lebih banyak peluang perniagaan berkembang di daerah ini, kerana meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan membantu meningkatkan ekonomi.

"Kita juga dalam usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur termasuk di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) khususnya dalam isu bekalan air kerana kemudahan yang baik dapat meningkatkan keyakinan pelabur untuk datang ke sini," katanya. - Bernama