MUSA jawab isu logo baharu Melaka United

Sulaiman Md Ali
Sulaiman Md Ali
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Melaka (MUSA) tampil menjelaskan kekecohan mengenai logo baharu yang diperkenalkan untuk Kelab Bola Sepak Melaka United (Melaka United FC), Sabtu lalu.

Presiden MUSA, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, mengikut semakan awal yang dibuat, logo pokok Melaka yang menjadi pertikaian tersebut masih belum dipatenkan oleh mana-mana pihak di negara ini.

"Pemilihan logo baharu Melaka United FC yang berdasarkan lambang pokok Melaka dibuat sebagai simbol penyatuan peminat dan penyokong setia bola sepak Melaka yang menjadi kekuatan pasukan selama ini.

"Berikutan itu, MUSA akan memohon untuk mendaftarkan hak cipta logo baharu ini dan hanya selepas ia diluluskan, baru logo tersebut akan diguna pakai," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, logo baharu Melaka United itu didakwa mirip dengan logo sebuah syarikat Bare Blends yang terletak di Australia sehingga ramai pihak menyangka logo itu diciplak.

Logo itu direka oleh penyokong Melaka United Mohd Asri Ab Aziz, berasal dari Sungai Siput, Lubok China, Alor Gajah yang terpilih daripada hampir 100 penyertaan dalam Pertandingan Mencipta Logo Melaka United, yang berlangsung dari 4 hingga 20 Ogos lepas.

Mengulas lanjut, kata Sulaiman, logo tersebut bakal digunakan secara eksklusif oleh Melaka United FC yang akan diswastakan sepenuhnya dan sekiranya pemilik baharu Melaka United FC ingin mengubah logo kelab tersebut, ia adalah hak mutlak pemilik Melaka United FC kelak.

"Untuk makluman, peranan Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) tetap kekal sebagai badan yang bertanggungjawab mentadbir sukan bola sepak negeri Melaka dan logo asal MUSA akan kekal digunakan sejak tahun 1924.

Artikel Berkaitan:

Pasukan Melaka United yang ketika ini diuruskan oleh MUSA kini dalam proses pemisahan daripada persatuan, menjadi sebuah kelab bolasepak berstatus swasta yang bakal dikenali sebagai Kelab Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) pada tahun 2020 ini yang akan dimiliki sepenuhnya oleh Melaka United Football Club Sdn Bhd," katanya.