Tiga tokan dadah kena serbu, dadah lebih RM71,000 dirampas

Adzli (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan Khamis lalu.
Adzli (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan Khamis lalu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tiga pengedar dadah ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Kedah dan Pulau Pinang pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, serbuan pertama dibuat ke atas seorang peniaga aksesori kereta berumur 35 tahun di sebuah enap desa di Sungai Petani pada jam 6 pagi bersama 720 gram dadah disyaki syabu bernilai RM28,800 disembunyikan bawah pelapik kaki kenderaan.

Menurutnya, suspek yang mempunyai enam anak itu dikesan positif dadah jenis Methamphetamine serta mempunyai lima rekod lampau.

"Hasil maklumat selanjutnya, polis membuat serbuan di hadapan sebuah restoran di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada jam 1.35 petang dan berjaya menahan seorang penghantar makanan berusia 34 tahun dengan rampasan dadah seberat 1.05 kilogram syabu bernilai anggaran RM42,320.

"Lelaki ini disyaki pembekal kepada tangkapan pertama dan mengambil upah sebanyak RM500 bagi sekilogram dadah yang dijual," katanya.

Semakan mendapati, lelaki terbabit mempunyai tiga rekod lampau jenayah.

Katanya, hasil tangkapan kedua-dua suspek, polis berjaya membuat satu lagi serbuan di sebuah rumah di Kampung Gajah, Butterworth pada jam 2 petang ke atas seorang lagi pembekal berusia 29 tahun yang bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat swasta.

Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai lebih RM71,000,

Artikel Berkaitan:

Lelaki terbabit dikesan mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes curi kenderaan dan mengaku mengambil upah sebanyak RM2,000 bagi jumlah sekilogram dadah yang dijual.

Kesemua suspek direman bermula 21 hingga 27 Ogos 2020 bagi membantu siasatan berhubung Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.