Rugi RM181,050 ditipu sindiket penjualan mata wang

Pemilik syarikat swasta mengalami kerugian RM181,050 selepas terpedaya dengan sindiket penjualan mata wang Yen China Renminbi. - (Gambar hiasan 123RF).
Pemilik syarikat swasta mengalami kerugian RM181,050 selepas terpedaya dengan sindiket penjualan mata wang Yen China Renminbi. - (Gambar hiasan 123RF).
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang pemilik syarikat swasta mengalami kerugian RM181,050 selepas terpedaya dengan sindiket penjualan mata wang Yen China Renminbi (CNY).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, difahamkan lelaki berusia 42 tahun itu meminta kenalannya mencari ejen yang menjual mata wang Yen China Renminbi.

Menurutnya, mangsa amat memerlukan mata wang itu untuk urusan pembelian bahan mentah perniagaan dari sebuah syarikat yang berpangkalan di China berjumlah RM181,050.

Noorzainy
Noorzainy

"Mangsa kemudiannya telah berurusan dengan ejen melalui panggilan telefon dan telah meminta pekerja syarikatnya membuat pemindahan wang ke akaun sebuah bank tempatan yang diberikan oleh ejen yang sama.

"Pekerjanya telah memindahkan RM181,050 ke akaun bank sebuah syarikat dan seterusnya menghubunginya untuk memaklumkan bahawa transaksi telah berjaya dilakukan," katanya.

Noorzainy berkata, mangsa kemudiannya menghubungi ejen tersebut untuk pengesahan bayaran namun gagal dihubungi.

"Mangsa yang merasakan telah ditipu meminta pekerjanya membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.