Taman Seri Belat dihiasi Jalur Gemilang

Penglibatan penduduk semua lapisan usia membantu menjayakan program memasang Jalur Gemilang di sekitar Taman Seri Belat.
Penglibatan penduduk semua lapisan usia membantu menjayakan program memasang Jalur Gemilang di sekitar Taman Seri Belat.
A
A
A

KUANTAN - Suasana jalan utama Taman Seri Belat di sini berubah wajah apabila dipenuhi kibaran Jalur Gemilang sejak 15 Ogos lalu.

Mereka mahu menjadikan perkara itu satu tradisi dan melakukannya sejak tahun lalu dengan penglibatan penduduk termasuk golongan muda dan warga emas.

Seorang penunggang motosikal bersama pemboncengnya melintasi kibaran Jalur Gemilang yang menghiasi jalan utama sekitar Taman Seri Belat di sini.
Seorang penunggang motosikal bersama pemboncengnya melintasi kibaran Jalur Gemilang yang menghiasi jalan utama sekitar Taman Seri Belat di sini.

Sebanyak 120 Jalur Gemilang dipasang manakala penduduk juga mengambil bahagian memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarkan bendera di rumah masing-masing.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Belat, Mat Darus Mahusin berkata, penduduk begitu bersemangat dan memberi kerjasama terbaik menjayakan aktiviti itu sekali gus membuktikan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan mereka.

Penglibatan penduduk semua lapisan usia membantu menjayakan program memasang Jalur Gemilang di sekitar Taman Seri Belat.
Penglibatan penduduk semua lapisan usia membantu menjayakan program memasang Jalur Gemilang di sekitar Taman Seri Belat.

Menurutnya, jika tahun lalu, kibaran Jalur Gemilang lebih difokuskan di kediaman namun kali ini lebih menyeluruh kerana turut melibatkan jalan utama di kawasan taman perumahan berkenaan.

“Tahun lalu, kita membantu mengagihkan bendera kepada penduduk untuk mereka kibar di rumah masing-masing dan kali ini kita sediakan bendera untuk di pasang menghiasi jalan.

Artikel Berkaitan:

“Bagi penduduk di sini, aktiviti ini satu cara untuk mereka meraikan bulan kemerdekaan dan akan menjadi acara tradisi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mat Darus berkata, selain menunjukkan cintakan negara, aktiviti itu juga menjadi platform perpaduan dalam kalangan penduduk.

“Saya sendiri begitu bersemangat dan gembira melihat suasananya ketika ini dan akan berterusan hingga 16 September depan,” katanya.