Wanita bertelekung antara tiga maut dirempuh kereta

Tiga maut dalam kemalangan di Jalan Mambau - Port Dickson berhadapan Surau Al-Muqarrabin, Kampung Mambau pagi tadi.
Tiga maut dalam kemalangan di Jalan Mambau - Port Dickson berhadapan Surau Al-Muqarrabin, Kampung Mambau pagi tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita yang dalam perjalanan ke surau untuk solat Subuh berjemaah antara tiga maut selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Mambau - Port Dickson di sini pagi tadi.

Noraniza Mohamed Amin, 42, yang memakai telekung sedang berjalan kaki sebelum dirempuh kereta dipandu seorang lelaki kira-kira jam 6 pagi di hadapan Surau Al-Muqarrabin, Kampung Mambau di sini.

Perkara tersebut dikongsi ahli keluarga dan adik mangsa, Norashikin, 35, di laman sosial yang turut bersedih dengan pemergian wanita mempunyai empat cahaya mata itu.

Status adik Allahyarham Noraniza di Facebook hari ini.
Status adik Allahyarham Noraniza di Facebook hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, siasatan awal pula mendapati pasangan suami isteri, K Thamotharan, 44, dan S Ramadevi, 38, dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Taman Kelab Tuanku Seremban menuju ke arah Hospital Seremban.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Myvi masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh pasangan suami isteri yang menaiki motosikal itu.

"Kereta itu kemudian berpusing lalu melanggar Noraniza yang berjalan kaki di kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Said berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bagi membantu siasatan berkaitan kemalangan maut itu selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kemalangan.

Artikel Berkaitan:

Ketiga-tiga mangsa dilanggar kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun di hadapan Surau Al-Muqarrabin, Kampung Mambau, hari ini.
Ketiga-tiga mangsa dilanggar kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun di hadapan Surau Al-Muqarrabin, Kampung Mambau, hari ini.

"Pada awalnya seorang lelaki berusia 61 tahun mengaku memandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kejadian, namun berdasarkan rakaman CCTV didapati pemandu kenderaan tersebut tidak kelihatan sepertinya.

"Menurut rakaman percakapan dan pengakuan awal warga emas itu serta setelah melihat rakaman CCTV yang diperoleh, akhirnya dia mengaku pemandu sebenar adalah anak lelakinya yang berumur 27 tahun," katanya.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke hospital untuk diambil sampel darah bagi menjalani ujian kimia.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Perodua Myvi dan remuk selepas melanggar sebuah motosikal dalam kemalangan di Jalan Mambau - Port Dickson Kampung Mambau hari ini.
Perodua Myvi dan remuk selepas melanggar sebuah motosikal dalam kemalangan di Jalan Mambau - Port Dickson Kampung Mambau hari ini.