Sukar cari kelemahan PSG

Pemain Bayern dijangkan berdepan kesukaran untuk menewaskan PSG.
Pemain Bayern dijangkan berdepan kesukaran untuk menewaskan PSG.
A
A
A

LEGENDA Bayern Munich, Franz Beckenbauer mengingkatkan kelab gergasi Jerman itu supaya berwaspada dengan helah yang akan digunakan Paris Saint Germain (PSG) dalam aksi final Liga Juara-Juara awal pagi Isnin ini.

Menurutnya, dia tidak nampak sebarang kelemahan yang dimiliki PSG selain pasukan itu juga sering menggunakan taktikal berbeza untuk mengelirukan lawan.

Malah, Beckenbauer juga menyifatkan Bayern akan berdepan tentangan sukar dan berbeza daripada apa yang telah mereka lalui sepanjang saingan Liga Juara-Juara musim ini.

"Saya menonton perlawanan PSG dan mereka pasukan yang sempurna. Saya tidak nampak sebarang titik kelemahan selain mereka mempunyai corak permainan yang berbeza.

"Ia akan menjadi perlawanan paling sukar dalam perjalanan Liga Juara-Juara musim ini. Saya harap kedua-dua pasukan tidak terlalu bertahan, tidak terlalu saling menghormati antara satu sama lain dan bermain dengan cara mereka sendiri seperti yang telah mereka lakukan untuk sampai ke tahap ini," katanya.

Dalam masa sama, Beckenbauer juga tidak melihat Bayern sebagai pasukan pilihan dalam perlawanan akhir tersebut.

"Ia pertarungan 50-50. Kadang-kadang anda perlukan tuah. Jika Bayern mendapat tuah tersebut, maka mereka akan menang.

"Namun, seperti juga peminat Bayern yang lain, saya mahukan pasukan itu muncul juara. Saya mengharapkan agar Bayern dapat mengulangi persembahan seperti mereka menewaskan Barcelona dan Lyon," katanya.

Artikel Berkaitan: