Masa Guardiola bersama Manchester City sudah berakhir

Manchester City ditunjukkan jalan keluar kelab Ligue 1 Perancis, Lyon 3-1 pada pentas lapan terbaik di Estadio Jose Alvalade baru-baru ini.
Manchester City ditunjukkan jalan keluar kelab Ligue 1 Perancis, Lyon 3-1 pada pentas lapan terbaik di Estadio Jose Alvalade baru-baru ini.
A
A
A

YAYA TOURE mengecam kegagalan sekali lagi Pep Guardiola di pentas Liga Juara-Juara dengan menyifatkan matlamat utama pengrekrutan pengendali Manchester City itu di Etihad adalah membawa pulang trofi keagungan kelab Eropah berkenaan ke bumi Manchester.

Legenda The Citizens berusia 37 tahun itu berkata, bekas pengendali Barcelona dan Manchester City berkenaan sekali lagi membiarkan penyokong kelab kempunan selepas ditunjukkan jalan keluar kelab Ligue 1 Perancis, Lyon 3-1 pada pentas lapan terbaik di Estadio Jose Alvalade baru-baru ini.

"Penantian trofi Liga Juara-Juara yang sekali lagi yang cukup amat mengecewakan apatah lagi semua tahu Guardiola direkrut kelab untuk membawa trofi ini ke Etihad.

"Apabila anda melihat Liverpool dan kelab lain yang memenanginya tanpa melakukan banyak pembelian di pasaran perpindahan, itu agak pelik dan mengecewakan semua.

"Pada masa ini nampaknya visi dan misi pengurusan kelab tidak diterjemahkan Guardiola dalam bentuk keputusan pada penghujung musim."

Kelab berpusat di bandaraya Manchester itu sebelum ini telah membelanjakan hampir 700 juta pound sejak Guardiola tiba ke Etihad pada 2016.

Bagaimanapun bekas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu didakwa membazirkan wang apabila membeli beberapa pemain yang tidak memberikan pulangan hasil kepada misi kelab.

Antara pembelian yang tidak menguntungkan kelab adalah seperti Benjamin Mendy dan John Stones yang kedua-keduanya bernilai sekitar 50 juta pound.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, bekas tonggak Ivory Coast berkenaan mencadangkan Guardiola dipecat selepas ketidakmampuannya memenangi Liga Juara-Juara walaupun setelah kelab membuat banyak pelaburan.

"Semua orang tahu Guardiola adalah pengurus yang hebat berdasarkan rekodnya di Barcelona dan Bayern Munich sebelum ini. Tetapi ini Manchester City lain tentu gaya bola sepaknya lain.

"Secara peribadi saya percaya tiba masanya untuk pengurusan kelab melihat kepada pendekatan lain. Kena faham ada masa ketika sesuatu tidak berjalan lancar, kadang-kadang sudah tiba masanya untuk mengubah cara untuk melakukan sesuatu. Apapun kita akan lihat bagaimana cara pengurusan kelab melihat."